Monday 23 May 2011

Keinsafan

Suara burung-burung yang bersiulan
Menghibur dalam suasana yang hening
Kedinginan terasa
Melapangkan dada

Takbir Allahuakbar...
Alunan suara merdu
Melafazkan ayat-ayat al-Quran
Tersusun indah
Betapa agungnya kebesaranMu Ya Allah

Benih-benih airmata
Berguguran membasahi pipi
Menghapus dosa-dosa yang lalu

Ya Allah
Hamba yang kerdil mengharapkan keampunanMu
Pasrah menghadapi segala dugaan dan rintangan
Kuatkanlah semangat hambaMu
Amin Ya Rabbalalamin...

Friday 20 May 2011

Penyakit Hati

Kita sebagai umat Islam hendaklah mendalami ajaran agama dengan baik kerana agama kita agama Islam merupakan agama yang sangat indah. Apa yang lebih penting, kita hendaklah mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya. dalam kehidupan kita yang semakin memeprlihatkan tanda-tanda kecil kiamat, seharusnya amalan yang kita laksanakan hendaklah seikhlas-ikhlasnya kerana Allah s.w.t.

Biasanya, kita akan menganggap diri kita, perbuatan kita, tingkahlaku kita dan sikap kita adalah baik dan juga betul. Adakah terlintas di fikiran kita bahawa adakalanya kita membuat kesilapan? Adakah kita malu mengakuinya ? Adakah kerana ego kita ? Sekalipun kita berjawatan tinggi atau orang yang dikenali atau sememangnya seluruh dunia mengenali kita.

Adakalanya kita mengukur sifat orang lain dengan prinsip kita dan juga kita boleh menyalahkan orang lain kerana kata-kata orang ketiga, keempat, kelima dan seterusnya. Tetapi, adakah kita akan bertanya kepada orang tersebut sama ada perkara itu benar atau salah. Tiada pertimbangan, hanya mendengar sebelah pihak sahaja.Sebagai seorang manusia yang dapat berfikir positif dan negatif, adakah kita patut bersikap sedemikian?

Kita menganggap diri kita dapat memenuhi atau memberikan sesuatu yang amat berharga kepada orang lain. Mungkin dalam bentuk WANG, JAWATAN dan lain-lain. Seolah-olah menganggap ia sebagai motivasi. Tetapi sebaliknya, ada perkara yang tersirat. Inginkan Sanjungan !! Inginkan Kebanggaan !! Inginkan Keseronokan !! Berbaloikah semua itu ???

Mulut biasanya akan berkata manis. Malah berkawan. Ketawa bersama-sama. Seolah-olah tiada perkara berlaku. Sekiranya ada sesuatu yang tiadak diduga berlaku, adakah kita dapat memaafkan mereka dengan rela hati ? Adakah masih lagi terselit hasad dengki dalam diri kita ?

Tidakkah kita mahu menjadi orang yang takut dan bertaqwa kepada Allah s.w.t ? Cuba kita tutup mata dn tenangkan hati. Benarkah kita memang takut dengan Allah s.w.t. ? Jawapan ada dalam diri kita..

Kita hidup di dunia hanya sementara. Di dunia ini hanya perhentian sebentar sahaja. Sedarlah, kita ada alam akhirat. Alam akhirat adalah alam yang abadi.